Seminar “Merdeka Raya”
Hi Geng,
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 kepada Rakyat Malaysia. Saya berharap anda semua MERDEKA dari segi fizikal dan mental. Bagaimana persiapan anda untuk menyambut kemerdekaan tahun ini dan apakah program yang anda aturkan pada hari cuti anda?
Disini saya ingin berkongsi kepada anda aktiviti yang saya lakukan pada 31 ogos yang lepas dimana saya telah menghadiri Seminar “Merdeka Raya” yang telah diadakan di PWTC. Seminar ini telah dianjurkan oleh Million Mind Power. ( Saya sertakan Gambar bersama penceramah ) maaflah yerk gambar kurang terang maklumla snapp pakai handset murah

Berbalik kepada seminar ini banyak yang telah saya pelajari tentang mengenali diri sendiri serta cara kita berfikir mengenai kekayaan dan kejayaan. Bagaimana rakyat malaysia yang mengalami kemiskinan di Negara Malaysia turut dikupas pada seminar tersebut.
Disamping itu beliau juga telah mengajar peserta menggunakan Minda Separuh Sedar yang harus dikuasai oleh setiap manusia. Teknik ini telah lama dipraktiskan oleh Negara Barat terutama ahli perniagaaan yang bergelar jutawan. Disini saya ingin berikan info-info apa yang telah yang pelajari pada seminar tersebut seperti :-
- KENAPA KITA TIDAK MENDAPAT KEKAYAAN :-
- Buntu mencari jalan penyelesaian dalam kehidupan
- Kehidupan yang haru-biru
- Sombong pada diri sendiri
- Malu dengan apa yang dilakukan
- Memiliki sifat yang lemah
- Menjadi hamba kepada duit
- Sebab mengapa kita tidak menjadi kaya-raya?
Kerana sejak dari dulu lagi kita tidak membudayakan untuk menjadi kaya raya.
- Formula Kekayaan :- UBAH PEMIKIRAN + UBAH KEHIDUPAN = $$$$$$$$$
Ini sahaja yang saya dapat kongsikan apa yang terdapat pada seminar “Merdeka Raya” sebenarnya terdapat terlalu banyak info yang telah disampaikan jika saya huraikan 1 persatu sampai besok pagi pun tidak habis
P/s - Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Kekayaan dan Kejayaan TUNGGU KEMUNCULAN daripada Pakar Blogger.com yang akan membongkar teknik dan cara-cara mencari kekayaan hanya memerlukan 1-2 jam sahaja dengan menggunakan Kuasa Internet.
Jumpa kita di entry yang lain
Komen anda.



Disini saya ingin membuat 1 pengumuman penting kepada pembaca setia blog ” 




Post saya hari ini tidak ada berkaitan dengan dunia blogging tetapi lebih kepada cerita peribadi yang ingin saya kongsikan bersama. Tanggal 16.06.2010 saya telah dianugerahkan Sijil Anugerah Khas Ketua Pengarah. Mesti yang tertanya-tanya saya berkerja sebagai apa selama ini? Buat pertama kalinya saya ingin memberitahu kepada semua pembaca setia blog Pakar Blogger.com saya berkerja di sebuah Jabatan Kerajaan sebagai

